layout

Wednesday, December 17, 2014

Alhamdulillah. My Engagement Day (7 Dec 2014)

Assalamu'alaikum all...

Hye,


Alhamdulillah 7 Disember lepas dah berlangsung majlis pertunangan saya. Syukur semua berjalan dengan lancar. Cuma sedikit kelam kabut sebab pagi-pagi tu la saya kene ambil kek, sebelum majlis tu jugak la kene setel beberapa manisan hantaran yang makcik saya bawa.

Tetapi, alhamdulillah... semua ok. Rasenye dekat pukul 11 jugak baru saya naik atas bersiap. hehe.. Tak perasan masa bila majlis tahlil & doa selamat berlangsung. Belum siap make up, tetiba dapat call katanya rombongan lelaki dah SAMPAI! Ya Allahhh... mekap, tudung apa semua belum ni. Hihi

Nasib baik la makcik saya sorang lagi datang kat bilik bawak pari-pari kecil tu bersama handbouquet. Excited tgk bunga tu sbb bunga last minit baru beli. Then, makcik saya volunteer nak tolong gubah. Seriously, sangat-sangat lega ada orang nak tolong gubah. Sebab malam sebelum majlis tu banyak benda nak kene setel. itu pun saya tido PUKUL 3! Fuhhh....

Rasa tenang sikit bila ada peneman kat bilik sementara menunggu family berbincang. Walaupun cuma bertunang, hey...... gemuruh jugak ok... Bayangkan, saya sampai rasa blur nak mekap. Yes.... saya mekap sendiri. Jimat sikit taknak hire MUA. Lagipun saya fikir ni cuma bertunang, saya taknak la mekap over sgt. Kalau tebal-tebal nanti orang tengok muka saya lain... malu la rasanya. Hehe...

Tak lama lepas tu, adik saya dtg ke bilik dan kata boleh turun sekarang. Dup dap dup dap..... betul ke boleh turun dah ni? Ok2...... rilex... tunang je pun. Saya turun dan cuba beri senyuman sehabis baik. Ohhh.... penuhnya ruang tamu.... Tak tau dah nak pandang siapa. Then his mother came to me. Sat besides me, and his Kak Long help her to gave me the rings.. Mak si dia tak berapa sihat. Alhamdulillah haritu dapat datang...





Alhamdulillah... Semoga Allah berkati langkah pertama ini agar perjalanan selepas ini dipermudahkan. Jika ada sebarang dugaan dan cubaan, semoga Engkau tabahkan hati kami dan teguhkan pendirian kami. InsyaAllah. Aminn...


** InsyaAllah next entry saya akan review serba sedikit tentang majlis pertunangan ni ye. :)

** Thanks for reading.


Much <3 TheWeddingAndMe

No comments: