hye, hari tu saya dah tunjuk kain ela yang saya beli untuk buat baju tunang kan?
Ha...... saya dah cuba buat baju. Baju apa?
Saya buat dress 6 panel. Haaaaaaa 6 panel. Pes taimmmmmmm cuba. Seb baik jadi. Kalau tak jadi malu weyyyy. Beria cakap dengan mak baju tunang kakak buat sendiri. Mak pun tetiba muka dia macam "pandai ke budak ni buat baju. baju apa pulak dia nak buat ni."
Siap cakap, "hmm... nanti tudung yang elok sikit la". Ha Ha Ha..... adakah expectation mak bahawa baju saya itu hasilnya nanti teramatlah mengecewakan sehingga perlukan tudung yang gojesss utk menutup kekurangan baju itu? hahaaa... mak.. mak...
Yolah.... kakak ni baru belajar buat baju. Blajo pun sendiri-sendiri je. Tengok tutorial, tengok pola kat internet sajo. Nak masuk kelas menjahit kakak tak mampu la dik oi. Takpe, ada rezeki lebih nanti kakak pi kelas menjait ye. Huhuu..
Nak tengok hasil dia macam mana? Ha, ni dia dress 6 panel yang saya buat.
Gigih buat sendiri pola tengok kat internet. Dah macam arkitek baju pula rasanya kakak ni. Tapi alhamdulillah jadi la jugak. Cuma banyak lagi kena perbaiki. Lebih-lebih lagi part leher. Memang failed bab leher ni. Lagi satu lengan kena baiki lagi.
Saya tak pandai nak buat pinggang (kain). Ada try buat baju kembang dengan kain. Tapi kain sampai sekarang tak siap lagi. Hihi... Sebab tu saya asik try buat dress je. Baru-baru ni saya ada try buat abaya teramatmudahsimplesangat. kenapa mudah? Sebab terus potong kain tu dari bawah dress sampai lengan. So, tak payah sambung-sambung kain untuk baju dan lengan. Ini dia abaya yang saya buat. Sangat best pakai sebab saya suka pakai longgar. Bajet macam princess kain kembang2 gitu. Kui3....
Baju nikah nanti rasa-rasa macam nak buat design abaya ni je. Hehe.... boleh tak?
with <3 TheWeddingAndMe
No comments:
Post a Comment