layout

Saturday, October 11, 2014

Hiasan Dulang Hantaran - TEST

Assalamu'alaikum all.

Hye, saya plan nak hias sendiri dulang hantaran. Tapi tak tau la nak hias macam mana. Tak nak sarat sangat. Simple2 je. Saya dah beli bunga, beli ribbon. Kalau nak senang tempah atau sewa je kat orang kan? Pengantin bajet. Gitu la rupe dia. Tah2 buat sendiri lagi tinggi kos kan? haha.... Biar la.. dah beli pun bahan2 hantaran.

Haritu saya dah test. Disebabkan saya beli dulang jenis plastik yang tidak berkaki, dan saya plan untuk gabungkan dua dulang menjadi satu, saya fikir nak ikat cantuman tu dengan dawai. Tak nak gam sebab nanti susah nak tanggalkan balik. Bila susah nak tanggal, makanya susahlah nak disimpan.

Awak-awak yang baca ni boleh faham tak rasanya susun kata dan ayat saya kat atas tu? hahaa..

Senang cerita, macam ni la rupa dulang hantaran yang saya cuba buat.



Total cost untuk satu dulang hantaran saya kat bawah ni ya :

1. dulang plastik x 2 = RM5.50 x 2 = RM11
2. bunga 1 jambak (5 kuntum bunga) = RM4
3. ribbon peach 1m = RM0.90
4. ribbon hijau 1m = RM0.90

TOTAL = RM16.80 untuk satu dulang. (ini kalau saya takde tambah apa2 aksesori lain).

Mungkin ada penambahan macam ribbon dan aksesori sikit kut. Sebab bajet kat atas tu atas dulang kosong je kan. Maklum la, nanti dah letak barang macam2 plak nak tambah. Contoh buah kan. Takkan nak longgok je atas dulang tu. Contoh lain, kain pasang. Saya rasa mesti perlukan ribbon untuk ikat gulungan kain.

Contohhhhhh..... ok. hehe... Jadi mungkin tak lebih daripada RM20 la satu dulang. ;)

Baju Tunang Kononnya

Assalamu'alaikum all...

hye, hari tu saya dah tunjuk kain ela yang saya beli untuk buat baju tunang kan?

Ha...... saya dah cuba buat baju. Baju apa?

Saya buat dress 6 panel. Haaaaaaa 6 panel. Pes taimmmmmmm cuba. Seb baik jadi. Kalau tak jadi malu weyyyy. Beria cakap dengan mak baju tunang kakak buat sendiri. Mak pun tetiba muka dia macam "pandai ke budak ni buat baju. baju apa pulak dia nak buat ni."

Siap cakap, "hmm... nanti tudung yang elok sikit la". Ha Ha Ha..... adakah expectation mak bahawa baju saya itu hasilnya nanti teramatlah mengecewakan sehingga perlukan tudung yang gojesss utk menutup kekurangan baju itu? hahaaa... mak.. mak...

Yolah.... kakak ni baru belajar buat baju. Blajo pun sendiri-sendiri je. Tengok tutorial, tengok pola kat internet sajo. Nak masuk kelas menjahit kakak tak mampu la dik oi. Takpe, ada rezeki lebih nanti kakak pi kelas menjait ye. Huhuu..

Nak tengok hasil dia macam mana? Ha, ni dia dress 6 panel yang saya buat.



Gigih buat sendiri pola tengok kat internet. Dah macam arkitek baju pula rasanya kakak ni. Tapi alhamdulillah jadi la jugak. Cuma banyak lagi kena perbaiki. Lebih-lebih lagi part leher. Memang failed bab leher ni. Lagi satu lengan kena baiki lagi.

Saya tak pandai nak buat pinggang (kain). Ada try buat baju kembang dengan kain. Tapi kain sampai sekarang tak siap lagi. Hihi... Sebab tu saya asik try buat dress je. Baru-baru ni saya ada try buat abaya teramatmudahsimplesangat. kenapa mudah? Sebab terus potong kain tu dari bawah dress sampai lengan. So, tak payah sambung-sambung kain untuk baju dan lengan. Ini dia abaya yang saya buat. Sangat best pakai sebab saya suka pakai longgar. Bajet macam princess kain kembang2 gitu. Kui3....




Baju nikah nanti rasa-rasa macam nak buat design abaya ni je. Hehe.... boleh tak?





with <3 TheWeddingAndMe