Hye.... post sebelum ni saya kata nak share pengalaman pergi ke SWC. Sebenarnya SWC tu berada dalam kawasan SIBC. Kawasan tu masih baru. Banyak lagi kedai yg belum buka.
Nafisa Silk House salah satu kedai kain terbesar kat sini. Kalau nak cari kain untuk langsir memang terbaik. Ada lagi 2, 3 buah kedai lain yang jual kain langsir. So, korang boleh survey yang terbaiklah. Yang paling syiokk, boleh tempah jahit terus. Siap dalam masa 1 jam katenye. Selain tu, kain ela pun ada. Cuma yg banyak kain bercorak. Kalau nak buat baju pengantin, mungkin lagi best cari kat Jakel, Nagoya, atau Kamdar. Mana-mana kedai textile yang korang tau la. 3 nama tu suggestion saja.
Ahaaa... yang ni kedai barang perkahwinan yang paling besar kat sini. Dari bunga, dulang hantaran, sampailah doorgift ada kat sini. Cuma ada atau tak ada je lah yang korang nak tu. Macam saya kelmarin, nak cari dulang hantaran bulat atau petak yang lebar sikit Tapi tak ada. Jadi, saya hold dulu dulang hantaran. Last2, saya beli barang kat kedai satu lagi (ONLY U). Besar jugak. Tapi tak sebesar ThankQ ni.
RM7.90 each pack x 2 = RM15.80
after less 20% = RM12.64
RM3.90 each pack x 5 = RM19.50
after less 20% = RM15.60
RM15 each pack x 2 = RM30
RM4.90 each x 4 = RM19.60
after less 50% = RM9.80
RM10 each x 2 = RM20
TOTAL loss
RM12.64 + RM15.60 + RM30 + RM9.80 + RM20 = RM88.05
Berbaloi tak? huhuu.... berbaloi la kut.
Kalau nak pergi ke Nilai, dah duit minyak, tol, makan, plus tah hape-hape lagi kan.
So, ok la kut. Hihii
with <3 TheWeddingAndMe
No comments:
Post a Comment